

Ohh..alhamdulillah..lega rasanya selamat tiba di Malaysia selepas 3 bulan 8 hari berada di luar negeri meninggalkan keluarga dan rakan-rakan pejabat. Rasanya aman sekali pabila berada di negara sendiri mungkin kerana suasana, cuaca, budaya, makanan dan yg paling penting keluarga tercinta...orang kata hujan emas negeri orang hujan batu di negara sendiri yg dipilih jua..pengalaman hidup di negeri asing dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran untuk terus hidup dan berkhidmat kepada negeri sendiri...Ada pengalaman yg boleh jadi contoh dan tauladan yg perlu diikuti dan ada pengalaman yg boleh jadi panduan utk tidak dilaksanakan di negara kita..tanggungjawab makin bertambah dan perlu dilaksanakan..kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara..sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan amanah, jujur dan takwa..insya-Allah selamat hidup dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment