Sunday, May 25, 2008
Celoteh hari ke 42
Sekarang ni di Malaysia adalah minggu cuti sekolah selama 2 minggu mulai 24/5/2008 hinggalah 8/6/2008, seronok betul anak-anak apabila bercakap melalui telefon. Kami masih lagi di Bremen meneruskan tugasan pengkajian dan penulisan tesis untuk larian 500 m terakhir. Lambat sungguh masa berlalu, setiap masa membelek artikel atau journal yang perlu untuk dimasukkan ke dalam penulisan cuma bila tiba masa makan macam kenduri...bergotong-royong menyiapkan makanan. Berita-berita di tanahair semakin rancak dan panas dengan isu kenaikan harga minyak dan barang makanan yang lain. Disamping itu perkembangan politik negara juga agak mencemaskan orang ramai walaubagaimanapun negaraku masih aman dan rakyatnya masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Di Bremen ni orang ramai menjalankan kehidupan seperti biasa..looking forward for weekend..kerana malam minggu depa ni mabuk sampai pagi..sampai nak tidur pun susah sebab depa ni bising...hari Sabtu depan rumah ada carboot sale manakala hari Ahad pula carboot sale dekat dgn Stesyen Keretapi..jadi dua hari ni kalau boring bolehlah pergi lepas tension kat sana. Kalau di Malaysia, hari Sabtu ni sibuk pergi pasar dan hari Ahad cuci kereta dan kemas rumah. Cuma sementara kami disini, isteri lah yang buat semua kerja tu. Kena banyak berterima kasih kepada isteri masing-masing sebab bukan saja bekerja tapi kena buat kerja rumah, jaga anak dan pergi pasar serta urusan lain. Jadi kita yang kat sini kena betul-betul pulun lah menyiapkan tesis semoga diakhirnya berjaya, insya-Allah.
Monday, May 12, 2008
Renewal Energy
Setelah sebulan di Bremen, hari ni 12 Mei 2008 (Isnin) cuaca amat baik sekali.. saya, Kamato dan Yazid berpeluang menaiki river cruise (depan rumah je). Kebetulan pula hari ni cuti am di Germany, kami keluar pukul 10.10 pagi dan sampai di kaunter tiket 10.25 rupanya kapal dah berlepas pkl 10.15 jadi next turn pkl 11.45. Kami beli tiket 7 Euro (student rate) dan duduk menunggu di bangku sambil berborak. Pkl 11.30 pagi cruise kami pun sampai ie Hanset namanya...11.45 kapal pun bertolak menghala ke point PIER2. Disepanjang kedua-dua belah tebing sungai beberapa pandangan menarik seperti bangunan lama, kilang-kilang, dermaga, tempat berkelah dan jeti kapal-kapal kecil. Yang menarik perhatian saya ialah berdekatan dgn kawasan kilang terdapat beberapa struktur seperti kipas kapalterbang yang sedang berputar...baru saya teringat itulah sumber tenaga elektrik di sekitar kawasan Eropah. Jadi saya berpendapat inilah salah satu sumber tenaga elektrik yang sekarang ni hangat dibincangkan di Parlimen oleh Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi untuk mencari sumber-sumber baru yang lebih mesra alam. Di samping itu juga jangkahayat minyak pun tidak panjang...jadi saya rasa angin juga boleh menjadi sumber tenaga elektrik yang baru di negara kita. Kita tidak perlu invent the wheel sebab negara Eropah seperti Germany telah pun mempunyai teknologi dan peralatannya, hanya beli teknologi dan kita akan dapat transfer of technology nanti...Just my opinion.
Saturday, May 03, 2008
Pelan Induk Latihan Kemahiran 2008
Hari ini sempena sambutan Hari Pekerja 2008 di Stadium Bukit Jalil menempa satu sejarah bagi kami pendokong latihan kemahiran negara di mana YAB Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Induk Latihan Kemahiran Kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Pelan induk ini merupakan suatu pelan operasi yang bermatalamat pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan yang professional. Ianya akan meletakkan kerjaya bidang kemahiran bukan lagi pilihan terakhir tetapi suatu alternatif kepada kerjaya yang berasaskan akademik. Oleh yang demikian pengajian kami di Universiti Bremen, Germany yang mengkaji secara ilmiah pelaksanaan latihan kemahiran berbentuk industry-driven menjadi amat signifikan dan kritikal bagi kesinambungan pelaksanaan pelan induk latihan kemahiran. Jadi ayuh kawan-kawan semua kita mantapkan barisan dan teruskan perjuangan bagi memartabatkan latihan kemahiran negara.
Thursday, May 01, 2008
1 May 2008 - Hari Pekerja seluruh dunia
Seluruh dunia menjadikan 1 May sebagai cuti am selaras dengan ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi menghargai sumbangan golongan pekerja kepada kesejahteraan alam semesta. Di Bremen ni, sambutannya bermula pada sebelah petang 30 April hinggalah lewat malam sampai subuh 1 May..mereka ni bersantai sambil bergembira hingga mabuk sampai pagi. Pada hari 1 May pula semua shopping complex, kedai runcit, kedai makan dan pasar ditutup macam hari Ahad...kalau di Malaysia...hari cuti am lah orang akan berkumpul dan membeli-belah di shopping complex begitu juga kedai runcit dan kedai makan dibuka macam biasa sebab pelanggan ramai...Ini dua keadaan di dua negara yang berbeza...timur dan barat. Ada kebaikan juga di mana semua orang akan mengadakan aktiviti santai dan riadah pada hari cuti begini...bawa keluarga bersiar-siar dan berrekreasi taklah sibuk nak shopping je bila ada cuti am jadi town jadi lengang dan relaks...bagi yang dah biasa tinggal di barat ianya menjadi kebiasaan yang boleh diamalkan bila pulang ke timur...Yang penting kita dan keluarga kita aman, sejahtera dan bahagia...Juga kena ingat segala aktiviti dan tindakan kita sentiasa menepati panduan yang ditetapkan Allah swt.
Subscribe to:
Posts (Atom)
