Thursday, August 17, 2006

Doktor pakar yang tak pakar

Hari ni ada kawan gi jumpa doktor pakar pasal sakit kepala...kawan ni buat appointmen dengan doktor ni...so lepas kena tendang ke sana sini macam-macam unit kena gi periksa..sampai last sekali jumpa doktor pakar ni..lepas check mata...dan sebagainya..doktor ni kata ada berita baik dan berita tak baik...jadi dia bagi tau berita baik dulu iaitu kawan ni tak akan mati sakit jantung...memangla sebab kawan kita ni sakit kepala..lepas tu dia bagi tau berita tak baik pula ialah dia tak jumpa penyakit apa yang kawan kita alami...bengang sungguh kawan kita ni...dahlah hampir lima kali dok berulang-alik gi jumpa doktor..last sekali dia kata tak jumpa apa penyakit..kawan kita ni dah 10 tahun sakit kepala hinggakan beberapa kali terbabas semasa memandu..nasib baik tak accident...jadi macam mana kita tafsir pakar walhal belum pakar..mungkin pakar dalam bidang tertentu aja...kita kena muhasabah diri kita kalau bukan betul-betul pakar jangan mengaku kita pakar...masih belajar lagi...

Tuesday, August 08, 2006

Kajian bermula di Malaysia

Alhamdulillah...hari ini dalam sejarah hidup kerna saya telah berjaya memulakan langkah untuk menjalankan kajian di negara kita setelah sebulan kembali ke tempat kerja...saya berjaya mendapat feedback secara bertulis (open questionnaires) daripada 5 orang respondent..dan dapat interview secara details dgn dua orang daripadanya...saya juga menepati janji yg saya buat kepada supervisor saya di Germany dan Malaysia...saya telah berjaya menguruskan sesi perbincangan dengan 4 syarikat yang perlu saya adakan perbincangan...saya tinjau cadangan milestone yg telah dipersetujui..so alhamdulillah masih lagi sebagaimana yg dirancangkan...tapi di rumah masih lagi belum terurus bahan-bahan rujukan dan work station..ini satu lagi cabaran...rupanya buat PhD ni banyak dan pelbagai kerenahnya....semoga Allah swt memberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapinya dan usaha ini dapat memberi sumbangan yang berfaedah kepada manusia sejagat...insya Allah.