Tuesday, May 30, 2006

Kita patut bersyukur


Dua tiga hari yang lalu kita dikejutkan dengan bala bencana gempa bumi yang melanda Jawa Tengah Indonesia khususnya Yokjagarta...setakat ini diberitakan hampir 5,000 nyawa terkorban..semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt...Bala bencana boleh berlaku di mana-mana..di darat, laut, udara..dsbnya..yang penting bagi kita teruskan kehidupan dengan melakukan kewajipan yang difardhukan dan menjauhi perkara yang mungkar..apabila musibah datang kita redha dan sentiasa bersyukur dengan anugerah yang diberikan...agama, kesihatan, kesejahteraan, keluarga, masyarakat dan negara..harus dipelihara dan sumbangan kita tak kira dalam bentuk apa sekalipun merupakan ibadah dan tanggungjawab sosial yang perlu kita lakukan..Wallahua'lam

Saturday, May 27, 2006

Corak kehidupan yang berbeza


Setiap minggu tanpa miss saya dan rakan-rakan ke Carboot Sales di dua tempat yang berasingan di sekitar bandar Bremen..satu di tebing sungai dan satu lagi dekat dengan Train Station..bukannye beli apa cuma itulah cara kami menghilangkan rasa rindu kat tanahair dan keluarga (kami semua dah berkeluarga)..saya dapati cara mereka berniaga macam pasar malam kat Malaysia lah tapi kita setiap malam..disini seminggu dua kali..agaknya dua hari punya pendapatan dapat hidup untuk seminggu..kalau tengok barang yang dijual pula majoriti barang yang dah diguna..bukan macam kita biasanya barang baru dan banyak makanan pula tu..jadi apa sebenarnya matlamat jualan sebegini..barang yang dijual tu dah berkarat...saya simpulkan mungkin mereka berkonsepkan kais pagi makan pagi dsb..kita orang berniaga pasar malam dapat beli rumah, kereta dan harta tapi rasanya di sini lain kot..mungkin telahan saya ni silap..satu lagi pada hari cuti am atau hari minggu semua kedai tutup..hanya petrol station dan kedai makan saja buka..nasib baik public transport ada..jadi kalau kita keputusan bahan mentah jawabnya tunggu hari kerjalah baru dapat beli. Begitu juga shopping..tunggu hari kerja baru buka..biasanya kita shopping hari minggu tapi disini lain...mungkin hari minggu untuk berehat sepenuhnya. Inilah ragam kehidupan yang jauh berbeza dengan apa yang biasa kita alami di Malaysia. Kita rasa kita lebih baik begitu juga mereka..inilah yang dikatakan apakah asas pegangan dan matlamat hidup kita...ianya yang menentukan corak kehidupan kita. Wallahua'lam.

Wednesday, May 24, 2006

Pengalaman hidup tambah keimanan


Setiap perkara dalam menghadapi ranjau kehidupan merupakan pengalaman bagi meningkatkan keimanan.Yang penting setiap perkara yang dialami kita perlu kaitkan dengan kebesaran dan kekuasaan pencipta iaitu Allah swt...lihat kepada alam semulajadi..ragam kehidupan manusia bahkan sistem atau amalan seharian merupakan ketentuan yg Maha Esa..manusia dari suatu sudut dunia yg jauh contohnya Malaysia bertemu dengan manusia dari sudut dunia yg lain contohnya Jerman, boleh berbincang dan bertukar maklumat secara bersemuka atau menggunakan teknologi jarak jauh..bukan lain tujuan untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah swt..Apakah manusia tidak sedar akan tujuan mereka diwujudkan ke dunia ini?...Utk berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.....itulah tujuan hidup yg sebenar iaitu satu tugasan yg perlu dilakukan oleh hambanya...itulah tuan-tuan dan puan-puan sekadar renungan daripada saudaramu..

Saturday, May 20, 2006

Makan malam bersama Pengarah ITB Uni Bremen

Pada 20 hb Mei 2006 iaitu hari Sabtu jam 8.00 mlm kami berlima dijemput makan malam bersama Pengarah dan staf Institute of Technology & Education, University of Bremen Germany di Katzen Cafe iaitu salah satu restoran terkenal di Bremen. Saya tempah makanan ikan salmon disertakan dengan nasi goreng dan spinach. Di akhir nya saya minum expresso..woo agak kick..sampai nak tidur malam amat susah terkebil-kebil sampai jam 2.00 pagi, nasib baik solat subuh tak terlepas..Allah swt masih sayangkan hambanya..tapi kami nyaris terlepas solat maghrib..balik ngam-ngam pukul 11.00 mlm dan terus solat maghrib..masuk waktu isyak 11.35 malam..musim panas waktu solat bezanya amat ketara dengan Malaysia..Setakat ni alhamdulillah kami berempat (sorang lagi tu bukan islam...setakat ni belum lagi) masih melakukan solat secara berjemaah tak kira di mana ...di universiti..tepi stesyen minyak R&R..di hotel...Saya minta maaf kepada sesiapa yang melayari web ini sebab gambarnya kurang baik tak cukup cahaya. Ini adalah titik permulaan bagi saya menyediakan website ini..new kid on the block..ini pun diajar dan dibantu oleh Kamato yg pakar dalam membuat blogspot ni...saya terhutang budi dan ucapkan banyak terima kasih kepada beliau kerana akhirnya dapat juga saya sediakannya..sebarang komen dipersilakan..