Saturday, July 29, 2006

Kita mudah lupa

Nampaknya terlupa pula untuk mengekalkan komitmen kepada blogspot ni pabila kita berada bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan sepejabat serta jiran setaman..minta maaf je lah..lagi pun saya ni susah sikit nak duduk depan komputer kerana kat ofis banyak kerja lain yg kena buat..kejap meetingla..kejap boss nak jumpa..ada tetamu..nak kena baca surat dan tandatangan surat..balik rumah lak..ada kerja juga...ni pun nasib baik ada ruang sikit..
Saya ni sebenarnya tengah dok pening pasal tesis..tak mula lagi dah 3 minggu balik masih belum mula lagi..ni yg nak mula..ambil semangat dulu..mengomel di blogspot..kawan tak baca pun takpa sebab nak motivate diri untuk mula dok depan komputer..pas tu belek-belek la sikit journal tesis tu..
Itulah kawan-kawan semua sebenarnya nak istiqomah dlm melakukan sesuatu amat susah..ianya memerlukan ketabahan dan disiplin yg tinggi...saya nak ingatkan diri saya..perjalanan masih jauh ...perjuangan belum selesai..Allahuakbar.

Sunday, July 09, 2006

Selamat Kembali ke Malaysia negara tercinta



Ohh..alhamdulillah..lega rasanya selamat tiba di Malaysia selepas 3 bulan 8 hari berada di luar negeri meninggalkan keluarga dan rakan-rakan pejabat. Rasanya aman sekali pabila berada di negara sendiri mungkin kerana suasana, cuaca, budaya, makanan dan yg paling penting keluarga tercinta...orang kata hujan emas negeri orang hujan batu di negara sendiri yg dipilih jua..pengalaman hidup di negeri asing dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran untuk terus hidup dan berkhidmat kepada negeri sendiri...Ada pengalaman yg boleh jadi contoh dan tauladan yg perlu diikuti dan ada pengalaman yg boleh jadi panduan utk tidak dilaksanakan di negara kita..tanggungjawab makin bertambah dan perlu dilaksanakan..kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara..sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan amanah, jujur dan takwa..insya-Allah selamat hidup dunia dan akhirat.