Wednesday, April 30, 2008

Kesetiaan dalam menjalankan tugas

Kita selalu melihat anggota polis atau tentera yang bertugas di pondok pengawal akan berdiri tegak memerhati pergerakan keluar masuk melalui pondok tersebut...ini di tempat kita. Di Bremen ni di stesyen utama keretapi atau Hauptbahnhof ada kakitangan yang ditugaskan berdiri tegak memerhati penumpang-penumpang yang keluar masuk stesyen. Beliau bersedia memberikan panduan dan arah hala jika diminta oleh setiap penumpang. Beliau hanya berdiri di satu poin saja dan beliau bangga bertugas di situ. Sentiasa memberikan khidmat dengan penuh professional. Walaupun ada kaunter pertanyaan tapi beliau masih mampu melayan setiap pertanyaan ringkas terutama orang yang dalam keadaan tergesa-gesa mengejar keretapi yang akan bergerak. Ini satu proses kerja yang baik untuk dicontohi di mana setiap kita perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan didikasi tanpa mengira posisi jawatan. Yang penting tugas dijalankan secara ikhlas dan professional. Lebih-lebih lagi kita orang Islam..kerja merupakan ibadah..keikhlasan melakukannya, insya-allah syurga dianugerahkan Allah swt...Selamat menjalankan tugas.

Tuesday, April 29, 2008

Rumah baru suasana baru


Seronok betul merasai suasana baru...dulu tinggal di kawasan uptown tapi sekarang ni di kawasan downtown pula...di kawasan baru ni tak perlu sangat turun-naik trem atau bas..cuma jalan kaki 100-300 m sudah sampai tempat yang nak dituju melainkan ke universiti..itu pun cuma naik satu trem je...tang yang paling syok ialah time makan..bilik Kamato sebelah je..dulu kena turun satu level..makan tiga kali sehari sure tak miss...ini yang menyebabkan bila balik Malaysia nampak tembam mcm terlebih berat..itu lah kalau hidup tak banyak kerja yang kena buat...cuma belajar je...orang tua belajar..pengalaman banyak memacu pembelajaran...so kalau nak rasa joinlah belajar semula di universiti..selamat meneruskan hidup dan menjalankan kewajipan...chuees

Thursday, April 17, 2008

Welcome back to Bremen

Assalamualaikum...selamat kembali ke Bremen...setelah genap 2 tahun ...sekali lagi kena kembali ke Bremen untuk menyiapkan kajian PhD untuk tempoh 3 bulan lagi. Ini menyebabkan kenangan lama menjelma dan menghantui sanubari. Semoga kedatangan untuk kali kedua ini membawa makna dan faedah kepada diri sendiri, keluarga, jabatan dan negara. Sumbangan yang akan dipersembahkan kepada semua pihak yang terlibat memberikan impak dan kesan yang positif dan menjana pembangunan sahsiah diri semua yang lebih cemerlang dan terbilang....Insya-Allah