Thursday, July 03, 2008

Pokok yang ditanam sudah mengeluarkan buah

Alhamdulillah hampir 3 bulan di Bremen segala usaha sudah menampakkan hasil dan insya-Allah pokok yang telah berbuah ni dapat masak dan dirasakan kemanisan nanti. Terlebih dahulu saya pohon maaf kepada pembaca (jika ada) kerana keasyikkan menjalankan kajian dan keceriaan EURO2008 yang baru tamat menyebabkan saya terlena untuk mengemukakan info di halaman blog ni. Mungkin kerana saya bukan blogger yang hebat cuma sekadar mencoretkan lukisan hidup tersendiri.
Berbalik kepada perjuangan untuk menamatkan pengajian PhD ni agaknya amat memenatkan tapi ceria bersama kawan-kawan seperjuangan yang bertungkus-lumus sambil melayan kerungsingan keluarga yang jauh. Namun memikirkan pengorbanan oleh pelbagai pihak..kerajaan ,jabatan, keluarga dan komuniti yang ingin memperkembangkan bidang latihan kemahiran...kami disini terus meredah dan kesemuanya hampir mencapai destinasinya. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan sumbangan dan dorongan ini.
Semoga kawan-kawan yang lain akan turut sama berjuang dan berjaya mencapai cita-cita.

No comments: