Saturday, May 03, 2008

Pelan Induk Latihan Kemahiran 2008

Hari ini sempena sambutan Hari Pekerja 2008 di Stadium Bukit Jalil menempa satu sejarah bagi kami pendokong latihan kemahiran negara di mana YAB Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Induk Latihan Kemahiran Kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Pelan induk ini merupakan suatu pelan operasi yang bermatalamat pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan yang professional. Ianya akan meletakkan kerjaya bidang kemahiran bukan lagi pilihan terakhir tetapi suatu alternatif kepada kerjaya yang berasaskan akademik. Oleh yang demikian pengajian kami di Universiti Bremen, Germany yang mengkaji secara ilmiah pelaksanaan latihan kemahiran berbentuk industry-driven menjadi amat signifikan dan kritikal bagi kesinambungan pelaksanaan pelan induk latihan kemahiran. Jadi ayuh kawan-kawan semua kita mantapkan barisan dan teruskan perjuangan bagi memartabatkan latihan kemahiran negara.

1 comment:

Rammel Firdaus Ramli said...

Tahniah Kepada Kementerian Sumber Manusia atas pelancaran Plean Induk Latihan Kemahiran 2008 (PILK). Tahniah juga yang kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang memainkan peranan dalam meningkatan profesionalisme dan budaya kemahiran melalui PILK 2008.