
Saya dan empat orang rakan senegara dibawa melawat beberapa syarikat, sekolah latihan vokasional dan Chamber of Commerce & Industry di sekitar Flensburg dan Neumenster Germany iaitu di bahagian utara Germany. Boleh kata semua tempat yang dilawati memberikan layanan yang cukup baik dari segi kerjsama dan sesi penerangan bukannya dari segi makan-minum macam kita di Malaysia. Mungkin ini adalah budaya mereka iaitu kami disediakan air kopi/teh panas dan air botol (mineral bergas dan air buah) serta biskut.Di sekolah latihan vokasional kami disajikan dengan roti sandwich ala Germany iaitu breakfirst dan air kopi. Ini tidak menjadi pelik sebab mereka tak makan nasi lemak, roti canai, lontong dan sebagainya. Di sepanjang lawatan tersebut saya dapati bilik makmal, bengkel, kelas dan segenap lorong amat bersih sekali terutama sekali tandas walau pun hari tu hujan. Di sekolah vokasional tiada tandas guru..semua orang guna tandas yang sama tapi sentiasa kelihatan bersih dan kemas...Ini mungkin disebabkan budaya dan mentaliti pekerja, majikan, pelajar, guru dan sebagainya adalah kebersihan diutamakan dalam hidup mereka..biasanya kalau kita pergi sekolah, pusat latihan bahkan universiti sekalipun kalau masuk tandas pelajar kurang selesa sekali jadi terpaksalah diadakan pengasingan tandas untuk pelajar dan guru/pensyarah. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendidik anak-anak dan keluarga supaya menjaga kebersihan bahkan agama menetapkan bahawa menjaga kebersihan merupakan sebahagian daripada keimanan kepada Allah swt. Begitu juga kalau kita nak menjadi rakyat dan negara maju kita perlu mempunyai first class mentality...wallahua'lam
1 comment:
Kat malaysia, kalau makan tak cukup, meeting takda semangat.... tu yg semua orang tidur sebab lebih makan....
Post a Comment