Kami banyak memuji sistem pengangkutan, kebersihan dan layanan tempat yg kami lawati di sebahagian tempat di Jerman. Tapi pada 15 Jun dan 19 Jun yg lepas kami mengalami kejutan besar pabila kami diminta ke pejabat kerajaan yg menguruskan lanjutan visa yg jaraknya 600 m daripada tempat kediaman kami. Kata Tn Syed Hamdan terkejut beruklah...rupanya pendatang atau orang asing yang nak berurusan dgn pejabat kerjaan kena beratur tepi pagar besi yg tak berbumbung macam khemah pelarian di sempadan negara Afrika (mungkin)..kebetulan pula hari tu hujan jadi semuanya basah beratur untuk ambil nombor giliran..kami beratur selama 5 minit dan terus pulang..macam tu lah hari kedua pula kami kesana pukul 6.30 pagi tapi barisan dah panjang dan hujan juga..terus kami pulang dan buat keputusan utk tidak buat lanjutan visa..kalau di Malaysia sudah tentu kita kena kutuk oleh pejuang hak asasi manusia dan dilaporkan di badan dunia kerana layanan ke atas pendatang asing atau orang luar..inilah orang kata hujan batu negeri sendiri lebih baik...oleh itu kita patut mengekalkan dan memperbaiki urusan di negara kita supaya kita jadi negara maju yang berbeza daripada mereka..ada identiti sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yang penting kita balik awal ...hehe
Post a Comment