Pada 20 hb Mei 2006 iaitu hari Sabtu jam 8.00 mlm kami berlima dijemput makan malam bersama Pengarah dan staf Institute of Technology & Education, University of Bremen Germany di Katzen Cafe iaitu salah satu restoran terkenal di Bremen. Saya tempah makanan ikan salmon disertakan dengan nasi goreng dan spinach. Di akhir nya saya minum expresso..woo agak kick..sampai nak tidur malam amat susah terkebil-kebil sampai jam 2.00 pagi, nasib baik solat subuh tak terlepas..Allah swt masih sayangkan hambanya..tapi kami nyaris terlepas solat maghrib..balik ngam-ngam pukul 11.00 mlm dan terus solat maghrib..masuk waktu isyak 11.35 malam..musim panas waktu solat bezanya amat ketara dengan Malaysia..Setakat ni alhamdulillah kami berempat (sorang lagi tu bukan islam...setakat ni belum lagi) masih melakukan solat secara berjemaah tak kira di mana ...di universiti..tepi stesyen minyak R&R..di hotel...Saya minta maaf kepada sesiapa yang melayari web ini sebab gambarnya kurang baik tak cukup cahaya. Ini adalah titik permulaan bagi saya menyediakan website ini..new kid on the block..ini pun diajar dan dibantu oleh Kamato yg pakar dalam membuat blogspot ni...saya terhutang budi dan ucapkan banyak terima kasih kepada beliau kerana akhirnya dapat juga saya sediakannya..sebarang komen dipersilakan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bila nak update ni
Post a Comment