
Dua tiga hari yang lalu kita dikejutkan dengan bala bencana gempa bumi yang melanda Jawa Tengah Indonesia khususnya Yokjagarta...setakat ini diberitakan hampir 5,000 nyawa terkorban..semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt...Bala bencana boleh berlaku di mana-mana..di darat, laut, udara..dsbnya..yang penting bagi kita teruskan kehidupan dengan melakukan kewajipan yang difardhukan dan menjauhi perkara yang mungkar..apabila musibah datang kita redha dan sentiasa bersyukur dengan anugerah yang diberikan...agama, kesihatan, kesejahteraan, keluarga, masyarakat dan negara..harus dipelihara dan sumbangan kita tak kira dalam bentuk apa sekalipun merupakan ibadah dan tanggungjawab sosial yang perlu kita lakukan..Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment